Sembang kereta takkan habis sampai bila bila. ada aje kereta baru yang keluar dekat pasaran masa kini. Terkini adalah proton iriz yang telah menjadi bualan hangat masa kini.
Wah... kereta baru daaa... proton iriz woooo. Leman membelek belek harian metro berkaitan dengan proton iriz. Sambil lepak lepak kedai kopi dengan kawan beliau encik bakar.
Aku nak tanya hang persoalan berkaitan dengan proton iriz sikit. boleh tidak? tanya Leman kepada Bakar selaku pemerhati keluaran kereta yang cukup tegar.
kenapa dinamakan sebagai proton iriz?
tu kena tanya pengeluar kenderaan tersebut.
haduhai...
berapa harga proton iriz?
tu kena cari senarai harga dekat dealer proton iriz.
wokeh laa...
adakah proton iriz kenderaan mampu milik?
kena sediakan bajet yang bagus jika nak beli kereta baru tersebut. jelas bakar lagi.
hmmmm...
mana dapat nama proton iriz?
tu kena tanya pengeluar kereta tersebut. jawab bakar.
apakah sebab musabab anda beli proton iriz?
sebabnya aku nak tukar kereta baru untuk ganti kereta lama aku. hehehe.. bakar menjawab dengan acuh tak acuh sahaja.
oooo gitu rupanya.
walau apa pun situasinya hang kena jaga elok elok biar pun kereta lama atau kereta baru. kereta lama dah tentunya kena jaga dengan sebaiknya apatah lagi kereta baru dengan jenama proton iriz.
Nak Jaga Kereta
Thursday, September 25, 2014
Friday, April 4, 2014
Tip Penjagaan Kereta: Jangan basuh enjin kereta guna air
KITA pasti seronok dan selesa apabila melihat kereta bersih, berkilat dan bahagian enjin pula tidak comot.
Kini lebih mudah apabila ada banyak bahan cucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.
Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik.
Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air serta menyebabkan litar pintas.
Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan putih, siram dengan air panas kemudian bersihkan menggunakan kain.
Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi hati-hati dan jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.
Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.
Jika menyedari ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir apabila kurang.
Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin boleh bocor sedikit dan minyak pelincir pula menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.
Dalam keadaan biasa minyak pelincir berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.
Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.
Membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula.
Namun, jika anda mahu membasuh sendiri, gunakan sabun yang sesuai tetapi elak sabun basuh atau peluntur.
Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, ia cepat rosak.
Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan boleh menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat mudah luntur dan kelihatan retak-retak.
Langkah pertama membersihkan kenderaan adalah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.
Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah.
Penggunaan kain kering boleh menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.
Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh merosakkan cat.
Selepas dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Bagi hasil yang lebih baik selepas kereta kering sapu wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.
==========
sumber artikel : harian metro online
==========
Thursday, April 3, 2014
Kereta adalah keperluan
dewasa ini kereta bukan lagi kehendak semata mata. ia adalah keperluan untuk pergi ke mana mana atau ada keperluan yang penting. Tak gitu?
Tuesday, April 1, 2014
Kereta dan anda...
Salam ceria untuk hari ini...
Bicara pasal kereta memang takkan berkesudahan sampai bila bila...
Dewasa ini...<< waduh skema laa pulok...>> kereta memang diperlukan oleh ramai orang. Takder kereta bleh pinjam kereta... Takleh pinjam sewa aje laa...
Ada sedikit duit boleh beli sebijik dua kereta. tak gitu?
Tapi camner kalo gaji rm900 nak beli kereta?
Itu kena usaha dengan bersungguh sungguh untuk memiliki sebijik dua kereta idaman hati anda untuk ke tempat kerja atau untuk bawak ahli keluarga anda berjalan jalan...
Kereta apa?
itu terpulang kepada anda... jangan kereta yang sering bermasalah dengan anda dah laa...
sekian. terima kasih...
Bicara pasal kereta memang takkan berkesudahan sampai bila bila...
Dewasa ini...<< waduh skema laa pulok...>> kereta memang diperlukan oleh ramai orang. Takder kereta bleh pinjam kereta... Takleh pinjam sewa aje laa...
Ada sedikit duit boleh beli sebijik dua kereta. tak gitu?
Tapi camner kalo gaji rm900 nak beli kereta?
Itu kena usaha dengan bersungguh sungguh untuk memiliki sebijik dua kereta idaman hati anda untuk ke tempat kerja atau untuk bawak ahli keluarga anda berjalan jalan...
Kereta apa?
itu terpulang kepada anda... jangan kereta yang sering bermasalah dengan anda dah laa...
sekian. terima kasih...
Subscribe to:
Posts (Atom)